dunia ini penuh dengan kebencian, kesedihan, dan kepelikan.
terlalu banyak benda pelik yang telah berlaku.
awak pelik. saya pelik. dia pelik. semua orang pelik.
tetapi dunia ini juga penuh dengan kebahagian dan kasih sayang. anda pasti setuju. terutamanya bagi anda yang sedang dilamun cinta dengan suami(atau isteri), atau teman lelaki(atau wanita), dan juga ahli keluarga dan sanak saudara. tengahari tadi saya bervideo-conference(damn kantoi!) bersama ahli keluarga di pondok azlul. kesibukan dan keceriaan di situ amat membahagiakan saya. dan membuat saya sebak juga. melihat kanak-kanak kecil yang dirindui itu berlari-lari berkejaran di antara satu sama lain. jeritan "meema" berpulun kali oleh si kecil debab berbaju ketat itu membuat saya tertawa seorang diri. kesibukan para dewasa mengikat bunga dan mempakej cendera hati untuk bakal tetamu membuat saya terasa untuk pulang ke pangkuan ahli keluarga. sudah sekian lama tidak menghulurkan pertolongan dalam persiapan menjelang apa jua acara di rumah. saya rindu berada di rumah di samping keluarga tercinta. saya tidak sabar menantikan ketibaan ibu dan encik tercinta.
di waktu petang, saya makan malam bersama rakan-rakan perempuan yang comel belaka di wagamama. salah seorang dari mereka akan pulang ke tanah air hari ini, sungguh cemburu sekali! selepas itu saya pergi melawat tina, jiman dan baby qalif mereka, bersama saudari shasa dan natte. saya dapati, kegembiraan saya tidak ternilai apabila melihat kecomelan bayi itu. amat tembam sekali. dan bertamadun. tidak suka menangis. dan suka tidur. alangkah senangnya jadi bayi. tiada tanggungjawab. tiada masalah. tiada tekanan perasaan. tidak perlu berfikir tentang duit. tentang perempuan atau lelaki. tentang menyiapkan kerja sekolah dan tarikh luputnya. dan macam-macam lagi...
nikmatilah foto yang telah diambil sebelum meninggalkan perkarangan rumah qalif. amat menakjubkan :)
saya inginkan kehidupan tanpa masalah, yang boleh digunakan tanpa was-was.
4 comments:
ur funny babe. haha.
eh hello,tarikh luput?!?!isnt that expiry date.dont u mean something like submission date? haha. ke i salah? oh my.
love you.
emzzz, u sgt comel la!!!
well kehidupan tanpa masalah would be great. but if that means u kene forever jadi bayi/kids....buhsan jugak! always ade adults to watch ur steps and to protect you. adults-tanpa-masalah seems like a big request. but nnti you get bored and tak grateful...coz no challenge, everything comes easily and flat,monotonous life.
don't you want to seek for some adventure? **big eyes** ;))
takecare woman!
hahah yeaaa i meant exactly that melly. or more like deadline? hihih. how to say ahhhh? hihihi.
love you more.
ashieeeee i agreeeee, life without problems/challenges will be tad bit too dull and boring. no challenge, no life maa. hihi. thank you babeee. together we shall endeavour our life adventures!! hihihi. you take care too ashhhh-tere-buat-cake! hihii mwahhs.
emsy saya amat kagum dengan tulisan kamu yang ini
saya rasa berbangga dan akan ku ikuti jejak langkah mu
nantikan saat jejak kasih bila kita bertemu mahupun bila kamu pulang ke pangkuan keluarga
ya emsy, saya tahu saya lame atau nama melayu modern nya kodi, sama mcm kamu
haha
emsy saya dapat rasa perasaan kamu itu
tp jgn kuathir, saya ada di sini
saya sayang kamu
Post a Comment